ummi ku sayang di tanah suci makkah ( cont..)

Thursday, November 26, 2009
ring..ring...no 0301 tertera di skrin handfon ku.. "siapakah gerangan yang menelefon ini? pelik nombornya.."




Aku : assalamualaikum..

ummi: wa'alaikumussalam.. akhie, ummi ni. ape kaba? buat ape tu?

Aku: oh, ummi.. hehe..akhie sihat je alhamdulillah.. akhi kt UTP. kt masjid ni. ummi ape kaba?

ummi: oh..isya' ye skrg? ummi selsema sikit la. sejuk kt sini. doakan ummi ya.

Aku: insyaAllah. semoge ummi cepat sembuh ya!

ummi: insyaAllah..ummi call gune i-talk ni. kredit celcom sudah abes la. dah btau kt abi suh topup lagi.

Aku: oh..em,ok.. :) kt sana kul brape skrg?

ummi: skrg ni dlm kul 3 ptg. ummi tgh rehat-rehat je ni. nanti ummi call lagi ya! :) jaga diri! love u akhie! :) assalamualaikum..

aku: sayang ummi jugak~ wa'alaikumussalam.. ummi, jgn lupe doakan akhie cepat kawen ya! hehe.. :P

ummi: oh sudah semestinya! insyaAllah.. amenn.. :)




sambung cerita..


18 nov '09...

Hari ini, aku telah tiba di jeddah. setelah beberapa jam menaiki kapal terbang dari Malaysia. aku pun tak pasti. Tibanya aku di jeddah, beberapa buah bas menunggu aku. aku pun menaiki bas untuk menuju ke tempat penginapan ku di kota makkah. Finally, I've reached Bangunan Tabung Haji about 0230 after 2 hours ride on bus from jeddah.

aku pun lantas melangkah kan kakiku masuk ke bilik. "Alhamdulillah, sangat selesa!" Di dalam bilik ku ini, terdapat 5 buah katil, sebuah peti sejuk, sinki, cerek eletrik dan bilik air. Aku pun merebahkan badan ku di atas katil-berehat sebentar sementara menanti masuknya waktu subuh iaitu jam 0515.

Seketika aku terlena..rehat aku yang bermakna..aku terjaga, lantas menyiapkan diri untuk menunaikan solat subuh. Aku dan jemaah haji yang lain berjalan ke masjid yang terletak kira-kira 800 meter dari tempat penginapan ku. Dari situ, aku dapat melihat ka'bah..jauh nun di sana.. tersergam indah.. "Subhanallah.. Allahu Akbar.. Allahu Akar.. Allahu Akbar... Betapa agungnya, betapa mulianya.. Terima Kasih Allah kerana menerima hambaMu ini sebagai tetamuMu pada tahun ini.."

sungguh, aku amat bersyukur pada Mu Ya Rabb.. Syukur tak terhingga... Air mata tbrgenang di kelopak mataku. Hati ku terasa sebak seketika. "Labbaikallahumma labbaik.." Aku datang memenuhi seruan Mu Ya Allah.. aku penuhi panggilan Mu.. terima lah kehadiran ku..terima lah amalan ku.. terimalah taubat ku.. ampunilah dosa-dosa ku Ya Rabb..





0 comments:

Post a Comment

 
© Love My Family | The Blog Full of Games |