ummi ku sayang di tanah suci ( cont.. )

Saturday, November 21, 2009
sambung semula cite..

nov 17, 2009.

selepas selesai sesi taklimat, jam menunjukkan lebih kurang jam 1200, aku mengambil kesempatan sementara menunggu untuk menaiki bas ke KLIA, menunaikan solat sunat dhuha & solat sunat musafir. tika selesai sahaja bersolat, aku terdengar talbiah di laungkan "labbaikallah humma labbaik.."

dan pada jam 1235, kami semua di bawa ke arah bas-bas khas yang telah sedia menunggu kami semua, jemaah haji. seingat aku, ada 6 buah bas kesemuanya. lantas aku terus menaiki bas. dan bas pun bertolak ke KLIA. aku lihat keluar tingkap, dan ku dapat kenal pasti jalan yang di gunakan ialah federal highway. aku lihat semua kenderaan lain berhenti, memberi laluan kepada kami untuk meneruskan perjalanan dengan lancar.

sungguh,
hatiku tiba-tiba menjadi sayu, tersentuh, sangat terkesan melihat akan trafik yang berhenti seketika itu. seolah-olah aku dan jemaah haji lain diberi penghormatan besar sebagai bakal tetamu-tetamu Allah. Subhanallah.. perasaan ku bersemangat, tidak sabar rasanya untuk tiba di tanah suci, untuk bertemu mu Ya Allah.

0 comments:

Post a Comment

 
© Love My Family | The Blog Full of Games |